Thursday 1 November 2012

Jodoh pilihan hati, diiringi doa & restu

  
Berkenalan : 12/2011To 2/2012)     Hari dia ajak berjumpa dengan parents nya: 19/2/012



Hari dia ajak beli cincin merisik : 10/3/2012


Merisik : 24/3/2012.                                                 Kursus kahwin : 5&6/5/2012


Bertunang : 16/6/2012                     Sekarang: muka-muka berusaha kumpul duit, as at Nov 2012 ^^


I blog with BE Write

Wednesday 31 October 2012

Tentang kulit muka

Lama sudah aku tak menaip.

Al maklumlah, sibuk bebenar mencari bilik untuk di sewa. Xlama lagi , bermulalah episod baru aku dengan housemate baru. Emm..7 bulan lepas tu, house mate + room mate baru. jeng jeng jeng...

Ok.kali ni, aku nak cerita tentang kecantikan. Sebab baru lepas belek2 muka.hoho.. Sekarang ni, aku sedang sibukk je nak mencantikkan kulit muka, geram betul bila parut xhilang2,pastu tumbuh pulak jerawat baru. Tensen.... Lagi2 bila fikir2 nk jadi isteri orang ni ..Arr..Terbayang2 dgn kulit muka yang flawless dulu2..(sekarang baru tau erti penyesalan)..ok, perkara yang lepas kte kenang kejap2 je, masa hdpn lbh penting. Cewahh...

Lagipula, daripada pembacaan aku kat blog Dr. Haseenah, stress adalah faktor tertinggi penyebab jerawat . So, aku kena cuba untuk lebih banyak beristighfar bila nak stress.Cuba!!

Jerawat aku biasanya tumbuh bila nak dekat waktu2 tet..  Bila harinya sampai, kalau pandai jaga, surut lah dia.parut tu, maleh nk cerite. Sekarang, aku pakai produk rangkaian cosmoderm since lepas puas membelek & membaca review orang ramai dalam alam maya ni yang katanya bagus & natural based.(Aku sekarang mmg tengah move towards natural based produk, daripada foundation, mineral powder sampailah kepada pembersih muka).Tak tau la samada kesedaran ni dah terlambat ataupun masih ok lagi..=]

Seingat aku, aku pernah guna Vitamin E oil 30,000U , waktu zaman sekolah dulu.Tu yang muka putih (gelap sebab berkawat xhabis2) and parut hilang.Kenapa aku xterus pakai eh..? Oo..sebab susah nak dapat kat kedai waktu tu, cuma farmasi terpilih je.So, lepas tu, aku dah xd masa nak cari botol ajaib tu lagi.

Yang aku nak ceritakan sebenarnya adalah, krim Cosmoderm..Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press . Aku tertarik nak beli sebab aku ada terbaca review seorang blogger .Waktu jerawat ni mula bersenang lenang last week, lepas basuh muka, aku terus bubuh krim ni secara tipis. Hari pertama rasa macam xd apa2 perubahan.Kata X-Press..Mula la aku fikir, ni mcm stok2 krim Oxy.Pakai lama2 pun xd makna,cuma kulit je rs kena bleach! 

Tp, Cosmoderm xda la rasa kat kulit & bau mcm Oxy.

Ok,xnk membazir.Hari kedua aku pakai lepas pakai toner and pelembap.Pun, macam sama. Next day, aku decide, aku follow instuction,lepas basuh, terus bubuh, xpyh pakai toner or pelembap.Plus, aku tidur mengiring opposite daripada jerawat yang tumbuh. Yg ni, aku saja fikir secara logik.^^.

Tup2..jerawat pun kering.So, aku decide..lepas ni boleh beli lagi.Its work on me!



P/s : Nak share juga ni. Aku rasa faktor air minuman juga sangat membantu sebab waktu tu, cuaca sentiasa panas,so aku meneguk air masak sepuas-puasnya sehingga tak terkira kekerapan ke toilet dalam satu hari.ahah!

Lagi,sekarang aku tengah consume Glutacol.Pagi & Malam as a supplement.Yang ni, aku xnk review lagi sebab belum pasti kesahihan keberkesanan pada aku sendiri.Once opis mate, family & encik dah tegur bagus,aku terus buat review tentang Glutacol pulak.Kalau x, xde le.Ching!




I blog with BE Write

Thursday 18 October 2012

Kulit kering dan menggelupas ( Aloe vera 100% gel & Vaseline)

Kulit kering dan mengelupas (Aloe Vera Gel & Vaseline Petroleum Jelly)

Semua orang nak cantikkan?. Tapi, awas ye bila kita bertukar produk, kesan sampingan mungkin akan menyusul. 

Termasuklah dengan pengalaman aku sendiri. *serius. takut bila mengenangkan kejadian 2 minggu lepas..Muka aku sangat gatal , mengenyam dan mengelupas. Teruk sangat sampai mengalirkan mata bila menahan pedih dia tu.

Mula- mula bibir rasa bengkak dan sangat kering, itu sebab aku fikir aku menggatal tonyoh toner dekat bibir untuk hilangkan gincu.Atas bibir jadi terkopek2.Aku rasa, kulit bibir dah semakin menipis sebab bila kena ubat gigi, rasa pedih ya amat.. Maka, sila ambil iktibar ya.

Tak lama lepas tu, muka terasa sangatlah tegang.Lama kelamaan sekitar mulut jadi mengelupas teruk, lepas tu sampai ke hidung.Ngeri tengok muka sendiri. Pakai make up lagi lah menjelaskan garis- garis kulit mengelupas .MashaAllah.( Boleh terlintas terkena buatan orang, SubhanaAllah).

Dua tiga hari tu , aku memang tak keluar office, biarkan budak2 buat kerja masing-masing, nak jumpa bos pun xd mood. Sampaikan anak buah aku tegur, kena batuk kering ke? Ceh! Kurang asam jus!

Orang kat office pun tanya kenapa dengan bibir. Aku rasa macam nak cuti je jumpa Doktor.Tapi , aku rasa sebab nak cuti tu terasa kelakar, dengan tak confirm nak jumpa Dr siapa. Salah Dr karang, membazir je cuti aku kn.Tambahan lagi A/L pun dah nak habis.haha..

Macam- macam dah aku cuba, pakai pelembab, xberapa nak jalan.Pagi je ok sket.lama kelamaan , ke laut..lebih2 lagi kalau basuh muka untuk ambil wudhuk, then xpakai balik pelembab.Bibir pulak, sentiasa pakai lip balm.Tapi, hampeh. 

Sampai satu hari tu, lepas balik kerja , tepat jam 5 ( balik sharp, sbb mood keje xd) aku terus pergi Watson, Seri Alam, setelah beberapa hari aku sibuk mencari tips untuk mengatasi kulit  menggelupas kat internet, konon .  Macam - macam ada, contohnya letak madu, letak ais di muka , letak lendir lidah buaya. Last- last aku tanya kat pharmacist , Gel Aloe Vera sebab malas betul nak buat kerja lebih.

Contohnya, sebelum balik kerja, aku minta aloe vera kat office mate, kebetulan pulak, kawan dia memang bagi anak pokok lidah buaya tuntuk dia tanam. Dia bagi aku juga, tapi sampai sekarang xtanam2 lagi.ada je kat toilet tu. heheheh..

Ok.lepas bersihkan muka dan keringkan , aku terus sapu ALOE VERA 100% GEL by Fruit of the Earth.(jangan letak toner) Mula-mula memang sangat pedih sebab muka aku sebelumnya kan mengelupas dan aku rajin kopek2..Alhamdulillah sangat, selang 2-3 hari dah baik.

Bibir pulak, aku sapu vaseline 100% Petroleum Jelly. Memang sangat berkesan. * serius. Dalam satu malam dah ok.Dah rasa bersyukur sangat sangat sekarang ni. ^^

Kluang's favourite food spots

18 Oktober 2012

Oleh kerana badan letih daripada biasa dek kerana out station, hari ini aku rasa nak menulis tentang perkara yang best yet simple iaitu favourite food spots di Kluang,Johor. Kampung halaman kan, jadi senanglah nak cerita cerita ^^.

Mewarisi pe'el ex-boss , oleh kerana selalu travel, dia mesti nak cari tempat makan yang nampak bersih daripada luar ( bak kata dia, kalau kita nak tahu keadaan dalam kilang macam mana, kita tengok tandas dia dulu) .Maksudnya, first impression itu penting. Paling penting sumber air bersih secara terus .Bermaksud , bukan lokasi kedai yang agak-agak kena angkat air daripada luar. :).. Kata - kata orang tua ni, mana yang jernih, aku telan je.

1) Kluang Railway

Pelopor kedai ni pun berasal daripada Kluang. Kedai ni sememangnya sangat popular , cawangannya merata satu Malaysia , majalah, masuk ke dada dada akhbar pun sudah..:)..Di Kluang saja dah ada 3 cawangan . Jadi, google sajalah.

2)Restoran Bariani Desa, Taman Desa.

Aku sangat suka Bariani kambing.emm..nyam- nyam..( walaupun , encik tunang cakap, pelik awak ni, perempuan mana suka  makan daging kambing..haha.. Xkisah ler ) . Harga satu set barini kambing adalah rm9.00 Bariani ayam pula. rm6.50 satu set . Sesuailah dengan nasi nya yang sedap dan banyakk. Sebenarnya dah lama aku dengar pasal tempat ni, tapi baru semalam aku tergerak nak pergi .Benar kata orang, sememangnya cepat habis. Duduk je kami bertiga kat situ jam 1 tengah hari, selang 2-3 orang datang, next customer dah habis. Jadi, siapa yang lambat tu kena telan air order jelah. :).  Ada lagi satu restoren nasi beriani yang orang selalu datang makan iaitu berdekatan dengan Sekolah Tinggi Kluang. Namun, tekak aku lebih prefer Bariani Desa.

Lokasi : Taman Desa,No 6, Jalan Desa 1, Taman Desa, berdekatan dengan Petronas , tepi jalan je.

3) Warung Asam Pedas, Jalan Padang Tembak

Warung ni telah beroperasi lebih 20 tahun, bak kata pak cik pemilik kedai, daripada mula dia tanam pokok kuini sebesar jari kelingking sehingga sebesar batang kayu balak .Tambahan pula dah 3 kali di robohkan, daripada atap zink ,meja kayu sehinggalah ke batu bata sekarang ni.Hebatkan?

Campur tengah hari tadi ,baru 2x aku makan kat situ, itu pun ex- boss aku yang recommend. Asam pedas dia memang marvellous , layanan pun bagus.Kena pula tu dengan tekak aku yang berselera kampung.Menu kat situ kebanyakkan masakan kampung macam jantung pisang, sambal petai , ayam goreng dll. Biasanya , aku akan minta nak makan berhidang, cakap je makan untuk 3 orang. Pandai la dia hidangkan ikut lauk yang kita pilih.

Beroperasi daripada pagi sampai 4 petang, hari jumaat kedai tutup ye.

Lokasi : 107, Jalan Padang Tembak (www.asampedas2u.com)

4) MY BBQ PLACE, Kluang Mall.

:) ..Puas .Pasal apa awal2 dah senyum eh? Sebab, that day ada orang belanja. Terasa makanan tu bertambah - tambah sedap.huishh..Aku tak pasti kat Kluang ni,  tempat lain ada ke tidak, selain daripada Restoran Tudung Saji. Setakat ni, kedai ni je yang aku tau untuk makan makanan jenis steamboat dan grill. 

Di area JB memang banyak, even hanya area Pasir Gudang pun aku dah pergi 4 kedai steamboat yang berlainan , lebih 8x selama 2 tahun aku duduk kat sini..Purata harga adalah dalam lingkungan rm 16.50 sehingga rm18.50 sekepala. 

Namun , di MY BBQ PLACE ni, even rege nye mahal beberapa ringgit , tapi berbaloi lah, sebab tempat dia sangat lah selesa, pilihan pun banyak, ABC boleh buat sendiri, yang aku suka sayur- sayurannya adalah organik sebab merekaorang dapat supply daripada Zenxin Organic .Mana taknya, memang one of their business, Zenxin D & H Restaurant Sdn.Bhd. Oo..Berkembang maju ye Tokey.
"
That day, kami pergi weekend, jadi harga seorang adalah rm22.90 (adult) . Weekdays murah sikit lah. Grand total untuk 2 orang adalah RM50.40. (Peringatan : 10% tax). 


Wednesday 17 October 2012

Our wedding checklist

Di bawah adalah checklist perkahwinan yang aku buat merujuk kepada e-book yang aku beli secara online. Jadi secara tidak langsung, melantik diri sendiri menjadi wedding planner ;) . 

Semalam dok syok sangat menaip sampai menjengah ke jam 1 pagi.Selesai saja, terus excited email pada encik tunang. Reaksi beliau adalah? Terkejut ..banyaknya nak kena uruskan...komen? Xd. Lelaki kan. Kita biarkan beliau untuk stabilkan emosi . Dalam hati :- Baru tau...^^.

Checklist ini juga boleh di kira sebagai langkah pertama untuk melangkah ke hari2 yang di nantikan. Biarpun ada masa 8 bulan lagi, tapi kita tak tahu, keadaan lepas ni macam mana . Dengan diri aku yang sibuk belajar dan kerja serta kami yang jumpa paling cepat pun 2 minggu sekali.

Jadi, hasilnya--> ( mana2 yang P & C dah delete siap2)

Bismillahirrahmaanirrahim...


-->Senarai nikah & sanding (tentatively)

Tarikh nikah : delete 
Tarikh sanding : delete 

1) Tema

Pre- wedding :     where :
Budget:
Pengeluar kos : bakal pengantin.

Tema nikah : 
Tema bersanding : 
Tema outdoor :

2) Tema baju family

Family lelaki

1)
2)
3) 
4) 
5) 
6)

Total = 
Tema : 

Budget:
PIC : 
Pengeluar kos :

Family saya

1) mak ,pak cik dan anak pak cik
2)akk , sabri & arissa
3) atok mak & tok yah
4) ibu, adik dan angah
5)cik tam & cik nor
6)cik jas & kak liza
7)cik jaki & cik mah
8)cik teh & pok de
9)cik lin & cik men
10)cik de & pok teh
11)

Total : 
Tema :  

Budget :
PIC :
Pengeluar kos : 

Baju dayang (kanak-kanak): 

1) Tasha
2) Dik da
3) Dayah
4) Ain
5)Arissa

Budget : 
PIC:
Pengeluar kos: 

Baju dayangku (dewasa)
1)ila
2) yana
3) Amira
4) Atika

Budget:  rm300
PIC : 
Pengeluar kos: 

3) Hantaran 

L ke P

1)
2)
3) 

Budget : 
PIC:
Pengeluar kos : 

P ke L
1) 
2) 
3)
4) 
5) 


Budget :
PIC : bakal pengantin P
Pengeluar kos : bakal pengantin P.

4) Balai makan
-kanopi
-Kerusi & meja
-kipas siling
-lampu 
-Alas meja
-upah pekerja

Or 

dewan - Dewan Tunku Ibrahim * to book early
-sewa dewan
-kerusi & meja
-menu
-penyambut tetamu
-pengiring

Budget : 
PIC : 
Pengeluar kos :

* 5)Katering - to survey early
-Nasi & lauk
-buah- buahan
-air minuman

Pilihan yg ada skg : Kawan ayah D, Renjis , Depan Mobile

Budget (mengikut bilangan tetamu) :
PIC :
Pengeluar kos :

6)Juruandam
-jurusolek
-pelamin
-bga pahar

Pilihan : Renjis .... To survey for the rest

Budget :
PIC :
Pengeluar kos :

7)Cenderahati tetamu

Pilihan : tasbih .to survey by online , read books

Budget:
PIC:
Pengeluar kos:

8)Hiasan  Bilik 
-no need : request for a room at Hotel X.
Period to book :  

Budget :
PIC : 
Pengeluar kos : 

9)Abadikan memori
-Videografi 
-Jurugambar

Pilihan : Ministry of Moment (MOM) , ......to survey for the rest
Budget :
PIC : 
Pengeluar kos :

10)makan beradap
-set meja pengantin
-kerusi & meja
- alas meja
-skirting
-scallop
-kerusi banquet
-bunga banquet
-lauk pengantin 
-penaggah

Budget : 
PIC : 
Pengeluar kos :

11)Hiburan
-Kompang
-Silat Pengantin
-Cak lempong
-Kumpulan marhaban\ berzanji

Budget:
PIC :
Pengeluar kos:

12)sistem PA
-Satu set sistem PA
-DJ/ MC

Budget:
PIC :
Pengeluar kos :

13) Tetamu
Pihak L : 800 orang
Pihak P : 1000 orang
Total : 2000 orang
Kad jemputan :

Budget:
PIC :
Pengeluar kos : bakal pengantin
* kad siap pada bulan April 2013
* tempah kad mac 2013
* post in fb by early may or end of april 2013

14)Bulan madu 

Total AL= 

Budget for 2pax : 
Destination : 
-
-

Others : 

* Butiran di atas hanyalah rancangan hamba Allah ini sahaja.InsyaAllah.
Allah SWT sahaja perancang  dan pelaksana terbaik untuk hamba- hambanya.and,
Sebarang perubahan bergantung juga kepada budget.

Jumlah perbelanjaan : RM???

Pic : person in charge.

Ikhlas , Di sediakan oleh,
Mem kecik.^^.
16/10/12
( suprisingly, its 4 months sharp after our engagement day!!)