Thursday 18 October 2012

Kluang's favourite food spots

18 Oktober 2012

Oleh kerana badan letih daripada biasa dek kerana out station, hari ini aku rasa nak menulis tentang perkara yang best yet simple iaitu favourite food spots di Kluang,Johor. Kampung halaman kan, jadi senanglah nak cerita cerita ^^.

Mewarisi pe'el ex-boss , oleh kerana selalu travel, dia mesti nak cari tempat makan yang nampak bersih daripada luar ( bak kata dia, kalau kita nak tahu keadaan dalam kilang macam mana, kita tengok tandas dia dulu) .Maksudnya, first impression itu penting. Paling penting sumber air bersih secara terus .Bermaksud , bukan lokasi kedai yang agak-agak kena angkat air daripada luar. :).. Kata - kata orang tua ni, mana yang jernih, aku telan je.

1) Kluang Railway

Pelopor kedai ni pun berasal daripada Kluang. Kedai ni sememangnya sangat popular , cawangannya merata satu Malaysia , majalah, masuk ke dada dada akhbar pun sudah..:)..Di Kluang saja dah ada 3 cawangan . Jadi, google sajalah.

2)Restoran Bariani Desa, Taman Desa.

Aku sangat suka Bariani kambing.emm..nyam- nyam..( walaupun , encik tunang cakap, pelik awak ni, perempuan mana suka  makan daging kambing..haha.. Xkisah ler ) . Harga satu set barini kambing adalah rm9.00 Bariani ayam pula. rm6.50 satu set . Sesuailah dengan nasi nya yang sedap dan banyakk. Sebenarnya dah lama aku dengar pasal tempat ni, tapi baru semalam aku tergerak nak pergi .Benar kata orang, sememangnya cepat habis. Duduk je kami bertiga kat situ jam 1 tengah hari, selang 2-3 orang datang, next customer dah habis. Jadi, siapa yang lambat tu kena telan air order jelah. :).  Ada lagi satu restoren nasi beriani yang orang selalu datang makan iaitu berdekatan dengan Sekolah Tinggi Kluang. Namun, tekak aku lebih prefer Bariani Desa.

Lokasi : Taman Desa,No 6, Jalan Desa 1, Taman Desa, berdekatan dengan Petronas , tepi jalan je.

3) Warung Asam Pedas, Jalan Padang Tembak

Warung ni telah beroperasi lebih 20 tahun, bak kata pak cik pemilik kedai, daripada mula dia tanam pokok kuini sebesar jari kelingking sehingga sebesar batang kayu balak .Tambahan pula dah 3 kali di robohkan, daripada atap zink ,meja kayu sehinggalah ke batu bata sekarang ni.Hebatkan?

Campur tengah hari tadi ,baru 2x aku makan kat situ, itu pun ex- boss aku yang recommend. Asam pedas dia memang marvellous , layanan pun bagus.Kena pula tu dengan tekak aku yang berselera kampung.Menu kat situ kebanyakkan masakan kampung macam jantung pisang, sambal petai , ayam goreng dll. Biasanya , aku akan minta nak makan berhidang, cakap je makan untuk 3 orang. Pandai la dia hidangkan ikut lauk yang kita pilih.

Beroperasi daripada pagi sampai 4 petang, hari jumaat kedai tutup ye.

Lokasi : 107, Jalan Padang Tembak (www.asampedas2u.com)

4) MY BBQ PLACE, Kluang Mall.

:) ..Puas .Pasal apa awal2 dah senyum eh? Sebab, that day ada orang belanja. Terasa makanan tu bertambah - tambah sedap.huishh..Aku tak pasti kat Kluang ni,  tempat lain ada ke tidak, selain daripada Restoran Tudung Saji. Setakat ni, kedai ni je yang aku tau untuk makan makanan jenis steamboat dan grill. 

Di area JB memang banyak, even hanya area Pasir Gudang pun aku dah pergi 4 kedai steamboat yang berlainan , lebih 8x selama 2 tahun aku duduk kat sini..Purata harga adalah dalam lingkungan rm 16.50 sehingga rm18.50 sekepala. 

Namun , di MY BBQ PLACE ni, even rege nye mahal beberapa ringgit , tapi berbaloi lah, sebab tempat dia sangat lah selesa, pilihan pun banyak, ABC boleh buat sendiri, yang aku suka sayur- sayurannya adalah organik sebab merekaorang dapat supply daripada Zenxin Organic .Mana taknya, memang one of their business, Zenxin D & H Restaurant Sdn.Bhd. Oo..Berkembang maju ye Tokey.
"
That day, kami pergi weekend, jadi harga seorang adalah rm22.90 (adult) . Weekdays murah sikit lah. Grand total untuk 2 orang adalah RM50.40. (Peringatan : 10% tax). 


4 comments:

  1. saya memang carik blog seperti ni... thanks. bagilah komen lebih sikit kat My BBQ Place tuu, maksud saya kualiti rasa steamboatnya, dan kehalalannya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...rasa boleh sy tambah satu lg tempat makanan menarik di kluang..restoran zubir di tmn fajar atau batu 4 jln mersing...restoran tu menyajikan masakan panas yg sgt sedap utk dinikmati oleh seisi keluarga dgn harga yg sangat berpatutan

    ReplyDelete
  3. Emmm ada satu lagi kedai tomyam best kat kluang..nikmatilah tomyam berapi warung pak atan di kg melayu...hmm nyum2...

    ReplyDelete
  4. Kluang ni dah banyak kali pergi tapi pergi utk short term jer dalam 2-3 jam jek, tapi kali ni stay 2 hari. Jadi ni tengah study tempat makan yang best dengan tempat menarik kt Kluang ni. :-)

    ReplyDelete