Thursday 18 October 2012

Kulit kering dan menggelupas ( Aloe vera 100% gel & Vaseline)

Kulit kering dan mengelupas (Aloe Vera Gel & Vaseline Petroleum Jelly)

Semua orang nak cantikkan?. Tapi, awas ye bila kita bertukar produk, kesan sampingan mungkin akan menyusul. 

Termasuklah dengan pengalaman aku sendiri. *serius. takut bila mengenangkan kejadian 2 minggu lepas..Muka aku sangat gatal , mengenyam dan mengelupas. Teruk sangat sampai mengalirkan mata bila menahan pedih dia tu.

Mula- mula bibir rasa bengkak dan sangat kering, itu sebab aku fikir aku menggatal tonyoh toner dekat bibir untuk hilangkan gincu.Atas bibir jadi terkopek2.Aku rasa, kulit bibir dah semakin menipis sebab bila kena ubat gigi, rasa pedih ya amat.. Maka, sila ambil iktibar ya.

Tak lama lepas tu, muka terasa sangatlah tegang.Lama kelamaan sekitar mulut jadi mengelupas teruk, lepas tu sampai ke hidung.Ngeri tengok muka sendiri. Pakai make up lagi lah menjelaskan garis- garis kulit mengelupas .MashaAllah.( Boleh terlintas terkena buatan orang, SubhanaAllah).

Dua tiga hari tu , aku memang tak keluar office, biarkan budak2 buat kerja masing-masing, nak jumpa bos pun xd mood. Sampaikan anak buah aku tegur, kena batuk kering ke? Ceh! Kurang asam jus!

Orang kat office pun tanya kenapa dengan bibir. Aku rasa macam nak cuti je jumpa Doktor.Tapi , aku rasa sebab nak cuti tu terasa kelakar, dengan tak confirm nak jumpa Dr siapa. Salah Dr karang, membazir je cuti aku kn.Tambahan lagi A/L pun dah nak habis.haha..

Macam- macam dah aku cuba, pakai pelembab, xberapa nak jalan.Pagi je ok sket.lama kelamaan , ke laut..lebih2 lagi kalau basuh muka untuk ambil wudhuk, then xpakai balik pelembab.Bibir pulak, sentiasa pakai lip balm.Tapi, hampeh. 

Sampai satu hari tu, lepas balik kerja , tepat jam 5 ( balik sharp, sbb mood keje xd) aku terus pergi Watson, Seri Alam, setelah beberapa hari aku sibuk mencari tips untuk mengatasi kulit  menggelupas kat internet, konon .  Macam - macam ada, contohnya letak madu, letak ais di muka , letak lendir lidah buaya. Last- last aku tanya kat pharmacist , Gel Aloe Vera sebab malas betul nak buat kerja lebih.

Contohnya, sebelum balik kerja, aku minta aloe vera kat office mate, kebetulan pulak, kawan dia memang bagi anak pokok lidah buaya tuntuk dia tanam. Dia bagi aku juga, tapi sampai sekarang xtanam2 lagi.ada je kat toilet tu. heheheh..

Ok.lepas bersihkan muka dan keringkan , aku terus sapu ALOE VERA 100% GEL by Fruit of the Earth.(jangan letak toner) Mula-mula memang sangat pedih sebab muka aku sebelumnya kan mengelupas dan aku rajin kopek2..Alhamdulillah sangat, selang 2-3 hari dah baik.

Bibir pulak, aku sapu vaseline 100% Petroleum Jelly. Memang sangat berkesan. * serius. Dalam satu malam dah ok.Dah rasa bersyukur sangat sangat sekarang ni. ^^

11 comments:

  1. Perkongsian yg bermanfaat. ��

    ReplyDelete
  2. saye alami problem yg same skrg ni sebab tukar pencuci muka & cuba guna compact powder...

    will try to use aloe vera gel tu...

    tq sgt2 for the info... :)

    ReplyDelete
  3. Vaseline petroleum jelly tu sesuai utk semua bibir ke? Sebab saya pakai bibir saya jadi bengkak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak.same goes to me.xp sy ad tny pharmacist,dye suggest pakai himalaya punya lip balm.alhamdulillah bbir sy dh okay.

      Delete
    2. tak jugak.same goes to me.xp sy ad tny pharmacist,dye suggest pakai himalaya punya lip balm.alhamdulillah bbir sy dh okay.

      Delete
    3. Terima kasih sgt, sy pun alamai bnda yg sama..setiap masa pakai lipbalm kononnya nk kasi lembap, tp xjdi jugak..bibir dh merekah, siap darah2..keliling mulut, sampai ke hidung n dagu sekarang stat nk menggelupas..sy tgh cari cara2 kt google, terjumpa blog ni..terima kasih..akan cuba gel aloe vera..

      Delete
    4. Terima kasih sgt, sy pun alamai bnda yg sama..setiap masa pakai lipbalm kononnya nk kasi lembap, tp xjdi jugak..bibir dh merekah, siap darah2..keliling mulut, sampai ke hidung n dagu sekarang stat nk menggelupas..sy tgh cari cara2 kt google, terjumpa blog ni..terima kasih..akan cuba gel aloe vera..

      Delete
  4. Kalau kita pakai pncuci muka then pncuci muka tu buat muka kita mengelupas . Tatau la kalau buang kuli mati ke apa . Tapi kering la muka . Then ingat nak apply alovera tu . Rasanya bole ke ek .

    ReplyDelete
  5. Sama arrr kes...balik nnt nk try la

    ReplyDelete
  6. sama kes sy skrg...sy xde aloe vera 100% gel (fruit)...sy apply vaselin 100% jelly petroleum...harap2 boley la cntik blik muka sy ni...

    ReplyDelete
  7. KALAU GUNA ALOE VERA YG BELI KAT WATSON TU OKE KE ? TUK KULIT MGELUPAS AND PEDIH

    ReplyDelete